4 Februari 2012

Drogba mungkin kekal di Chelsea

Didier Drogba enggan menolak kemungkinan untuk kekal bersama Chelsea apabila kontraknya tamat musim panas ini.Penyerang itu kini menjadi buruan pasukan MLS, Chicago Fire selepas menolak tawaran perpindahan ke pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua, bulan lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu beraksi dalam 13 perlawanan buat Blues musim ini dengan menjaringkan enam gol dan bersaing dengan Fernando Torres, Daniel Sturridge dan Juan Mata di posisi serangan.

Kini, dia sedang beraksi untuk Ivory Coast pada Piala Negara-Negara Afrika dan bersedia menghadapi peringkat kalah mati.

Sekali lagi spekulasi bakal timbul mengenai masa depannya di Liga Perdana Inggeris sejurus kepulangannya nanti, namun Drogba mengakui pilihannya terbuka.

“Saya seorang ejen bebas buat masa ini dan boleh berbicara mengenai mana-mana kelab selagi tidak menandatangani perjanjian baru dengan Chelsea.

“Meskipun pintu masih terbuka luas buat Chelsea, pintu lain tidak tertutup. Buat masa ini, saya hanya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Piala Negara-Negara Afrika dan ingin mencapai kemenangan buat Ivory,” katanya. [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...