Kapten Chelsea, John Terry  menjalani pembedahan ekoran kecederaan  pada  lutut kanannya dan bakal berehat untuk beberapa  minggu.Pemain yang menjadi tulang belakang Chelsea  bagi mengharungi Liga  Perdana dan Liga  Juara-juara itu tidak dapat beraksi sehingga lapan   minggu akibat pembedahan itu.
Terry mengalami kecederaan tersebut selepas  berlaga dengan dengan  penjaga gol ketika  persaingan Piala FA bulan lalu menentang  Portsmouth  di  Stamford Bridge.
Pemain itu sempat ke Itali Selasa untuk  menghadapi saingan kelompok  16 menentang  Napoli tetapi dikeluarkan selepas dia merasai  kesakitan  ketika sesi latihan pada Isnin.
Kecederaan Terry juga memberi kesan kepada  England yang sedang  membuat persiapan bagi  mengharungi Euro 2012 dan beliau terlepas   peluang beraksi menentang Belanda pada aksi  persahabatan di Wembley 29  Februari ini.[sumber] 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan