Pemain Manchester United, Rio Ferdinand bakal berdepan hukuman oleh  Persatuan Bola Sepak Inggeris ekoran satu mesej Twitter berbaur rasis  baru-baru ini.
Ferdinand dalam Twitternya melabelkan Ashley Cole sebagai 'Choc Ice'  ungkapan membawa maksud lelaki berkulit hitam yang merasa dirinya  berkulit putih.
Bagaimanapun, Ferdinand menafikan dia berniat rasis terhadap Cole,  sebaliknya mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa Cole seorang  penipu.
Berhubung dakwaan ini, pemain berusia 33 tahun itu hanya mempunyai  masa  sehingga 2 Ogos untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap  tuduhan tersebut.
Dalam satu kenyataan di laman webnya, FA berkata, "tindakan ke atas  pemain akan diambil apabila mereka bertindak secara tidak senonoh,  mengaibkan orang lain serta mesej yang berbaur rasis."
Sebelum ini, Cole yang dipanggil menjadi saksi kepada perbicaraan John  Terry memberitahu mahkamah bahawa Terry bukan seorang yang rasis.
Kenyataan pemain Chelsea itu membolehkan Terry terlepas daripada  pertuduhan selepas didakwa melakukan serangan rasis ke atas adik  lelakinya yang juga pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton  Ferdinand.
Terry didakwa atas tuduhan membuat kenyataan rasis terhadap Anton  sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kedua-dua pasukan,  23 Oktober lalu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan