Roberto Di Matteo menegaskan tidak akan membuat rombakan drastik  terhadap skuad Chelsea apabila beliau memulakan tugas sebagai pengurus  tetap.
Pengendali dari Itali berusia 42 tahun itu dilantik sebagai  pengurus tetap Chelsea bulan lalu dan berjaya membimbing skuad Blues  merangkul Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas mengambil alih tugas  sementara berikutan pemecatan Andre Villas-Boas yang kini dilantik  sebagai pengurus Tottenham.
Didier Drogba dan Salomon Kalou sudah berhijrah ke kelab luar namun Chelsea membuat langkah awal dengan membawa masuk pemain perancang Belgium, Eden Hazard dan pemain tengah Jerman, Marko Marin dari Werder Bremen selain penyerang Porto kelahiran Brazil, Hulk yang kini menjadi sasaran.
   Di Matteo pengurus tetap kelapan sejak kelab itu dikuasai Roman  Abramovich berasakan ia hanya perubahan evolusi dan bukannya revolusi di  Stamford Bridge apabila beliau menyasarkan untuk memperbaiki kedudukan  tangga keenam Liga Perdana musim lalu.
Beliau berkata: “Saya tidak fikir perubahan akan dilakukan sekelip mata. Saya tidak menjangkakan perubahan drastik.
“Saya mahu membentuk pasukan yang berdaya saing dan selalu berada di landasan tepat bagi memenuhi sasaran kelab ini.
   “Saya tidak fikir akan ada perubahan besar mengenai cara kami  bermain, pemain baru akan menyesuaikan diri bersama pasukan dan kami  akan berusaha untuk memastikan mereka beraksi di tahap terbaik.”[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan