Pengurus baru Chelsea, Roberto Di Matteo menegaskan Frank Lampard akan  memainkan pera nan penting sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL)  yang bermula pertengahan bulan hadapan.
  Di bawah rejim Andre Villas Boas, aksi Lampard dalam kesebelasan utama  The Blues terhad, namun kembali mendapat peluang kedua sebaik sahaja AVB  dipecat.
  Musim lalu juga, Lampard membantu Chelsea memenangi dua trofi iaitu Liga Juara-Juara dan Piala FA.
  Sebelum ini, spekulasi mengaitkan pemain tengah berusia 33 tahun itu  dengan perpindahan ke China. "Selagi dia tidak cedera, dia boleh bermain  dalam tempoh beberapa tahun lagi. Meskipun usianya lanjut, tetapi ia  bukan satu masalah bagi saya.
  "Kelab akan memutuskan masa depan Lampard apa yang pasti dia kekal bersama kami pada musim depan," kata Di Matteo.
  Mengulas mengenai masa depan Fernando Torres, Di Matteo berkata, ketika  ini pasukan ada tiga penyerang. Mereka harus berjuang untuk  disenaraikan dalam kesebelasan utama. Siapa yang menunjukkan prestasi  terbaik dialah yang akan dipilih.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan