11 Julai 2012

Provokasi Anton-Terry: Anton mulakan dulu

Provokasi Anton Ferdinand terhadap kapten Chelsea, John Terry pada perlawanan liga Oktober tahun lalu dikatakan menjadi titik permulaan kepada perbalahan kedua-dua pemain tersebut.

Pada perlawanan itu, Anton menimbulkan kemarahan Terry selepas berkata: ”Awak tiduri teman wanita kawan baik awak.

Kata-kata itu mendorong Terry mengeluarkan penghinaan berbaur perkauman terhadap bek QPR itu dan ia sempat dirakam kamera televisyen.

Sebelum ini, Terry terlibat dalam skandal seks bersama Vanessa Perroncel iaitu pasangan Wayne Bridge.

Susulan insiden di Loftus Road itu, Anton mengambil keputusan membawa perkara berkenaan ke mahkamah. Perbicaraan kes yang dijalankan di Mahkamah Majistret Wesminster, London kini memasuki hari kedua.

Jika didapati bersalah, Terry berdepan denda maksimum £2,500 (RM13,000). Perbicaraan dijangka berlanjutan sehingga beberapa hari.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...