Kapten Chelsea John Terry dikenakan tuduhan oleh Persatuan Bola Sepak  Inggeris (FA) berhubung insiden mengeluarkan kenyataan berbaur rasis ke  atas pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand.
Ekoran perkembangan itu, Pengurus England, Roy Hodgson pula berhadapan  dengan dilema sama ada mahu memilih Terry untuk mewakili pasukannya.
Britain sedang menganjurkan temasya Olimpik 2012 di London.Terry didakwa menggunakan perkataan atau bertindak keterlaluan dan atau  menghina ketika perlawanan menentang QPR pada 23 Oktober lalu.
Kenyataan FA menambah, Terry juga didakwa merujuk kepda asal usul etnik dan atau warna dan atau kaum Ferdinand.Pemain pertahanan itu menafikan tuduhan itu dan mahu perbicaraan peribadi.
"Saya menafikan tuduhan dan saya akan meminta agar diberi peluang untuk  menghadiri suruhanjaya pendengaran peribadi," kata Terry kepada Press  Association Sport.
Awal bulan ini, Terry dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Westminser  daripada tuduhan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis terhadap Ferdinand  ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Terry didakwa menghina dengan menggambarkannya sebagai "hitam" dan menggunakan kata-kata berunsur seksual.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
memang patut pun.. byk betul kes dia ni.. haiz
Catat Ulasan