TEODORO Fonseca memberitahu kliennya, Hulk bersedia meninggalkan FC Porto dan berhijrah ke Stamford Bridge.
  Hulk berkata, dia amat berharap menyarung jersi Chelsea musim panas ini  bagi membuka ruang disenaraikan dalam skuad kebangsaan Brazil di  Kejohanan Piala Dunia 2014 nanti.
  Sebelum ini, penyerang bertubuh sasa itu sering dikaitkan dengan  perpindahan ke Stamford Bridge dan sumber mendedahkan perbincangan  mengenai penghijrahannya ke barat London kini memasuki fasa terakhir.
  "Hulk penyerang paling diburu di Eropah. Dia bahagia di Porto, tetapi  pintu keluar baginya tidak tertutup. "Jika dia beraksi bersama kelab  Inggeris seperti Chelsea, peluang untuk disenaraikan ke Piala Dunia  lebih besar," kata Fonseca.
  Difahamkan, Hulk memiliki klausa pelepasan berjumlah £80 juta (RM393  juta) dalam kontraknya. Namun Porto bersedia membiayai yuran perpindahan  berjumlah £30 juta (RM147 juta) seperti yang diminta Chelsea.
  Baru-baru ini, Hulk disenaraikan dalam skuad Olimpik Brazil sebagai  salah seorang daripada tiga pemain melebihi had umur ke Olimpik London  yang bermula 27 Julai ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan