16 Julai 2012

Ferdinand serang A.Cole di Twitter

 Isu perkauman yang tercetus antara John Terry dan Anton Ferdinand semakin berpanjangan selepas abang Anton yang juga tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand turut campur tangan.

 
Rio dalam laman sosial Twitter menyerang Ashley Cole kerana mempertahankan Terry dalam perbicaraan minggu lalu dengan menggelarnya sebagai 'coklat ais'. 

Coklat ais' biasanya digunakan sebagai istilah yang bersifat perkauman, untuk menggambarkan orang kulit hitam yang mengkhianati kaum mereka sendiri. 

Cole, seorang pemain kulit hitam memberi keterangan bahawa Terry, rakan sepasukannya di Chelsea tidak pernah menggunakan kata-kata perkauman dalam pergaduhan dengan Ferdinand untuk tujuan menghina, sebaliknya hanya mengulangi perkataan yang dihamburkan terlebih dulu oleh Ferdinand terhadapnya. 

Terry, 31, dibebaskan daripada dakwaan tersebut selepas berulang kali menegaskan dia tidak pernah menyerang Ferdinand secara perkauman ketika pasukannya bertemu Queens Park Rangers (QPR). 

Rio memulakan persengketaan baru dengan Cole selepas secara terbuka membalas di Twitter rakannya @CarltonEbanks: "Kelihatannya Ashley Cole seperti 'coklat ais' mereka. Lalu, dia yang habis dijual, sungguh memalukan.'' 

Terry sebelum ini memberitahu Mahkamah Majistret Westminster bahawa tindakannya adalah sindiran, bukannya perkauman.

Beberapa peminat jelas tidak menyenangi penulisan Rio dan mendakwanya menggunakan bahasa perkauman.
Seorang pengguna Twitter melaporkan komen pemain itu kepada akaun Polis Metropolitan dengan menulis: "Boleh saya membuat aduan mengenai Twitter yang saya anggap menyinggung daripada Rio Ferdinand. Tidak percaya, dia melakukannya."[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...