24 Julai 2012

Chelsea perlu bayar RM172 juta jika mahu Lewandowski

BORRUSIA Dortmund memberitahu Chelsea supaya membayar sehingga £35 juta (RM172 juta) jika mahu memiliki Robert Lewandowski.

The Blues sebelum ini dilaporkan telah meningkatkan jumlah bidaan mereka daripada £13 juta (RM64 juta) kepada £17 juta (RM83 juta) ke atas penyerang Poland itu.

Lewandowski yang meledak 30 gol musim lalu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Dortmund.

Wakil pemain itu, Maik Barthel memberitahu, harga £13 juta tidak sesuai bagi yuran perpindahan Lewandowski.

Selain Chelsea, Lewandowski turut dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester United.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...