17 Julai 2012

Peminat The Blues hentam Rio Ferdinand

Rio Ferdinand dihujani kritikan melampau daripada penyokong Chelsea yang berang terhadap serangan rasis bek Manchester United itu ke atas Ashley Cole di laman Twitter, baru-baru ini.

Ratusan peminat The Blues menjadikan laman rasmi Chelsea sebagai tempat meluahkan kemarahan terhadap Ferdinand. Cole yang dipanggil menjadi saksi kepada perbicaraan John Terry memberitahu mahkamah bahawa Terry bukan seorang yang rasis.

Kenyataan bek Chelsea itu membolehkan Terry terlepas daripada pertuduhan selepas didakwa melakukan serangan rasis ke atas adik lelakinya yang juga pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

Ferdinand dalam Twitternya melebalkan Cole sebagai Choc Ice ungkapan membawa maksud lelaki berkulit hitam yang merasa dirinya berkulit putih.

Namun, dalam kenyataan terbarunya semalam, Ferdinand menafikan dia berniat rasis terhadap Cole, sebaliknya mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa Cole seorang penipu.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...