Romelu Lukaku mengintai peluang untuk dipinjamkan ke kelab Liga Perdana lain jika tidak kerap diturunkan Chelsea musim ini.
Penyerang itu menyertai Blues pada musim panas lalu dengan nilai 18  juta (RM87.3 juta) dari Anderlecht tapi hanya diturunkan empat kali  dengan tiga daripadanya pada Piala Liga, iaitu perlawanan pembuka tirai  musim pertamanya di Stamford Bridge.
Pemain Belgium itu hampir dipinjamkan oleh Roberto Di Matteo dengan kemungkinan mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di Chelsea, Kevin De Bruyne ke Werder Bremen.
Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu mahu kekal di England dan  berharap perbincangan dapat berjalan lancar bersama kelab Liga Perdana  lain.
“Saya tidak mengikat kontrak dengan Chelsea hanya untuk pergi ke liga lain. Saya perlu bermain.
“Segala-galanya bergantung kepada pilihan jurulatih dan diri sendiri. Saya bukan seorang yang panas baran.
 “Saya perlu berhijrah untuk beraksi. Saya akan lakukan apa saja untuk  menjadi yang terbaik. 
Saya sudah bercakap dengan pengurus dan beliau  akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik buat kedua-dua pihak,”  katanya. 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan