Rafael Benitez mendedahkan keinginan untuk membimbing sebuah kelab terbaik di dunia, sekali gus mampu memenangi trofi.
Bagaimanapun, bekas pengurus Liverpool dan Inter Milan itu tidak  menyuarakan minat untuk mengganti- kan tempat Andre Villas- Boas di  Chelsea.
Skuad The Blues membuat keputusan mengejut dengan memecat Villas-Boas pada Ahad lalu selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada West Bromwich Albion.
Kekalahan itu menyebabkan Chelsea ketinggalan tiga mata di belakang  Arsenal dalam perebutan tempat keempat pada saingan Liga Perdana  England.
Benitez dilaporkan telah menghadiri satu temu duga untuk jawatan itu minggu lalu.Bagaimanapun, perbincangan tersebut gagal mencapai kata putus selepas  pengurus kelahiran Sepanyol itu enggan menerima kontrak jangka pendek  sehingga akhir musim ini.
Selepas Roberto Di Mat- teo dilantik menjadi pengurus sementara,  Benitez masih lagi dianggap sebagai calon terbaik apabila pelantikan  tetap di buat pada musim panas ini.
"Pada masa depan, saya mahu membimbing sebuah kelab terbaik dunia,  kelab yang mampu memenangi gelaran dan memberi cabaran," kata Benitez  kelmarin.
"Itu adalah impian saya apabila saya datang ke Liverpool. Begitu juga  dengan Inter dan Valencia. Pengalaman saya adalah dalam kempen Liga  Juara-Juara, memberi cabaran dan berusaha untuk memenangi banyak trofi."
Benitez dianggap sebagai pilihan terbaik berikutan kejayaannya  membimbing penyerang Sepanyol, Fernando Torres ketika di Liverpool  sebelum ini.
"Ketika ditanya hubungannya dengan Torres, Benitez berkata: "Saya  berasa sangat gembira bersama Tor- res ketika di Liverpool. Ia adalah  detik yang menakjubkan untuk kelab, Torres dan semua orang. Torres  adalah pemain berkelas dunia dan dia akan bermain dengan baik."
Benitez tidak terikat dengan mana- mana kelab selepas meninggalkan Inter pada Disember 2010.Meskipun simpati dengan nasib Villas-Boas, beliau berkata, budaya  pemecatan adalah yang terburuk dalam saingan Liga Perdana England.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan