20 Julai 2012

Terry belum selamat

Tiada jalan singkat buat John Terry.Walaupun terselamat daripada hukuman mahkamah berhubung isu perkauman, kapten Chelsea itu perlu berhadapan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Terry yang dilihat kembali menjalani latihan bersama The Blues di Cobhma, Rabu lalu sebaik selesai kes mahkamah, tidak akan terlepas hukuman FA selepas didapati menggunakan kata-kata kesat ke atas pemain tengah Queens Park Rangers, Anton Ferdinand .

Tindakan itu dilakukan Terry ketika perlawanan di Loftus Road, 23 Oktober tahun lalu.Satu badan bebas, dikhabarkan bakal mengemukakan keputusan mahkamah kepada FA, minggu ini.

Terry boleh dihukum di bawah peraturan E3 kerana mengeluarkan kata-kata kesat yang membawa maksud kepada isu perkauman.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...