25 Julai 2012

Marin tak sabar bergandingan dengan Torres

Bintang baru Chelsea, Marko Marin tidak sabar bergandingan dengan Fernando Torres dan percaya mampu menghasilkan impak buat pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Malah, Marin berazam membantu Torres mencipta kegemilangan untuk skuad The Blues menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris yang bermula Ogos depan.

Tanpa khidmat penggempur berbisa, Didier Drogba yang mengambil keputusan muktamad meninggalkan Stamford Bridge selepas menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2011/2012, meletakkan Torres bergerak sendirian di bahagian hadapan Chelsea.

“Fernando merupakan penyerang terbilang. Dia juga selesa beraksi dengan saya. Pada saya, dia memiliki deria pembunuh dan cekap menghidu peluang.

“Saya berharap dapat bergandingan dengannnya pada musim ini nanti,” kata bekas pemain Werder Bremen itu.

Kehadiran  Eden Hazard dan perancang Brazil, Oscar mampu memberikan kelegaan buat jurulatihnya, Roberto Di Matteo sekali gus membuka ruang Torres mencipta jaringan untuk Chelsea kelak.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...