Pemain pertahanan, Jordi Alba dan pemain sayap, Juan Mata,  kedua-duanya yang menyumbang gol ketika Sepanyol mencatat kemenangan  besar 4-0 ke atas Itali bulan lalu, dipanggil untuk menyertai pasukan  kebangsaan bagi menghadapi Sukan Olimpik London.
Sepanyol menyasarkan untuk menambah koleksi kemenangan dengan  memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas muncul pasukan pertama  mempertahankan kemenangan di saingan Euro serta memenangi tiga kejuaraan  utama secara berturut-turut, iaitu selepas memenangi Euro 2008 dan  Piala Dunia 2010.
Alba yang menyertai Barcelona dari Valencia pada penghujung Jun dan Mata dari Chelsea serta Javi Martinez dari Athletic Bilbao, adalah tiga pemain yang membantu Sepanyol memenangi Euro 2012 dan akan membuat penampilan pada Sukan Olimpik.
 Jurulatih Luis Milla akan mengurangkan jumlah 22 pemain kepada hanya  18 menjelang saingan yang akan berlangsung pada 26 Julai sehingga 11  Ogos itu.
Sepanyol sedang memburu pingat emas kedua pada Sukan Olimpik selepas kali terakhir melakukannya di Barcelona pada 1992.
Kesemua pemain akan berkumpul pada hari ini dan kemudian menghadapi dua perlawanan persahabatan iaitu menentang Senegal pada 13 Julai dan Mexico pada 18 Julai sebelum ke Sukan Olimpik.
 Alba, Mata dan Javi Martinez akan diberi ruang untuk berehat sebelum  menyertai skuad selepas membantu Sepanyol memenangi saingan Euro.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan