 Hasrat Chelsea mendapatkan khidmat pemain sayap Jerman, Andre Schurrle  menemui jalan buntu selepas majikannya Bayer Leverkusen menolak tawaran  berjumlah £18 juta (RM18 juta) yang dikemukakan kelab utara London itu.
Hasrat Chelsea mendapatkan khidmat pemain sayap Jerman, Andre Schurrle  menemui jalan buntu selepas majikannya Bayer Leverkusen menolak tawaran  berjumlah £18 juta (RM18 juta) yang dikemukakan kelab utara London itu.  Ketua pengarah Leverkusen, Wolfgang Holzhauser berkata, tawaran The  Blues itu begitu lumayan namun terpaksa ditolak selepas memikirkan kesan  jangka panjang sekiranya Schurrle meninggalkan mereka.
  “Kami akui, pada permulaannya terdapat perbincangan dan tawar-menawar  mengenai harga Andre. Akhirnya, kami berpendapat tidak berbaloi  menjualnya.
  “Dia sangat penting di kelab ini lagipun dia menyatakan sangat gembira bersama kami,” katanya.Schurrle, 21, baru satu musim beraksi bersama Leverkusen selepas dibeli daripada Mainz pada musim panas lalu.
  Aksi cemerlangnya di Bundesliga membuka peluang disenaraikan dalam  pasukan kebangsaan Jerman pada kempen Euro 2012 yang berakhir, bulan  lalu.
  Setakat ini, Chelsea berjaya mendapatkan dua muka baru iaitu Marko Marin daripada Werder Bremen dan Eden Hazard (Lille). [sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan