Frank Lampard menafikan spekulasi mengenai masa depannya dan menegaskan dia akan kekal di Chelsea.
Bintang tengah England berusia 34 tahun itu sebelum ini dikaitkan  dengan perpindahan ke Liga Super China dan kelab Liga Utama Amerika  Syarikat, LA Galaxy. 
Khabar angin tercetus minggu lalu apabila Lampard dan ejennya Steve  Kutner dilihat bergambar bersama David Beckham dalam perlawanan  melibatkan Galaxy. 
Bagaimanapun Lampard, yang berada di tahun terakhir kontraknya di Stamford Bridge menegaskan: “Tiada apa-apa yang berlaku.
“Saya berada di Los Angeles untuk bercuti dengan (tunang) Christine  (Bleakley). Kami bertunang di sana tahun lalu, jadi kami suka berada di  sana.
“Steve pula mempunyai urusan perniagaan di sana, ia berkaitan muzik  dan bola sepak, jadi di mengajak kami menonton perlawanan Galaxy.
“Becks (Beckham) pula digantung dalam perlawanan itu, jadi dapatkan  dia duduk bersama kami. Ia sangat menyeronokkan, kami gelak bersama  tetapi setakat itu saja,’’ kata Lampard, yang menerima gaji 170,000  pound (RM835,000) di Chelsea. 
Menurut Lampard, dia kini sudah bersedia untuk kembali ke Chelsea  dan berasa amat segar kerana sudah lama tidak bermain disebabkan  kecederaan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan