24 Julai 2012

Mata idam lengkap koleksi kejuaraan

Juan Mata mahu Sepanyol melakar sejarah lebih hebat dalam sukan bola sepak dengan menjadi negara pertama merangkul gelaran juara dunia, Eropah dan Olimpik menerusi pingat emas di temasya London 2012.


Penyerang berusia 24 tahun itu pernah memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010 malah menjaringkan gol di Euro bulan lalu ketika menundukkan Itali 4-0 di Kiev.

Mata yang turut memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara tahun ini bersama Chelsea adalah antara tiga pemain senior dalam skuad 23 tahun Sepanyol ke Olimpik.

Bagaimanapun, dia menegaskan kejayaan itu masih belum memadai buatnya bersama rakan seangkatan.“Pastinya sesuatu yang hebat untuk memenangi emas Olimpik.

“Dengan memenangi pingat emas di Olimpik akan melengkapkan kemenangan ini terutama buat Sepanyol.Bagi saya, bola sepak Sepanyol sedang berada di tahap kemuncak,” katanya.

Sepanyol ketika ini sedang menjalani latihan di Scotland dan dijangka mempunyai skuad lebih kukuh apabila pemain tengahnya, Iker Muniain yang berdepan kecederaan mampu berlari pada sesi latihan, kelmarin.

“Saya berpeluang beraksi di Piala Dunia dan Euro malah memenangi dua perlawanan utama itu.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...