John Terry dan Frank Lampard menemui sentuhan buat Chelsea tetapi  juara Eropah itu kecundang di tangan MLS All Stars 3-2 hasil jaringan  minit-minit akhir perlawanan di sini semalam.
Skuad All Stars mendahului pada minit ke-21 menerusi pemain  antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Chris Wondolowski yang menyambut  hantaran bekas penyerang Arsenal dan Perancis, Thierry Henry.
Bagaimanapun Chelsea dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-32  hasil tandukan Terry hasil sepakan sudut Lampard yang kemudian  meletakkan tim Liga Perdana Inggeris itu di hadapan pada minit ke-58.
Selepas beberapa siri pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan, All  Stars memasukkan David Beckham yang terbang pulang dari persiapan  Olimpik London untuk bermain dalam perlawanan itu, yang melorong bola  untuk Chris Pontius menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-73.
Pasukan pilihan Amerika Utara itu kemudian memperoleh gol kemenangan  pada masa kecederaan hasil jaringan penyerang Seattle Sounders, Eddie  Johnson.
Chelsea akan melengkapkan empat perlawanan sempena kunjungan ke AS berhadapan AC Milan di Miami Sabtu ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan