24 Julai 2012

Chelsea dan PSG sama hebat

Bekas kapten England, John Terry menerima sambutan hangat ketika beraksi dalam perlawanan pertamanya sejak terlepas dari tuduhan perkauman pada pertemuan antara Chelsea dengan Paris Saint-Germain yang berakhir seri 1-1, semalam.

Perlawanan persahabatan antara dua kelab terkaya dunia itu berlangsung di Stadium Yankee yang bernilai AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) dan kini menjadi ‘rumah’ baru buat Kelab Liga Utama Besbol New York Yankees.

Pada perlawanan itu, gol kedua-dua pasukan disumbang pemain Brazil. Penyerang Chelsea, Lucas Piazon menyambut hantaran rakan senegara Brazil, Ramires untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Sebelum itu, Nene terlebih dulu meledak jaringan selepas 30 minit untuk memberi laluan buat PSG mendahului pada babak pertama.

Terry yang juga kapten Chelsea menerima tepukan gemuruh dari 38,000 penyokong pasukan ketika dia melangkah masuk ke padang m-63.

Dia didapati tidak bersalah selepas didakwa menimbulkan isu perkauman terhadap lawannya, Anton Ferdinand pada hari terakhir perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster, London pada 13 Julai lalu.

Sementara itu, Carlo Ancelotti yang mengambil alih tugas pengurus PSG, Januari lalu terpaksa menentang pasukan yang memecatnya pada Mei 2011.

PSG terlebih dulu memulakan aksi cemerlang dengan mendominasi babak pertama menerusi persembahan bertenaga penyerangnya, Ezequiel Lavezzi, Nene, Kevin Gameiro dan Javier Pastore.

Pada minit ketiga, hantaran jauh pemain sayap kanan meletakkan ruang terbuka buat Lavezzi hingga memaksa penjaga gawang Chelsea, Petr Cech keluar dari garisan untuk menggagalkan usaha pemain dari Argentina itu.

Hasil kerjasama dengan Lavezzi, Nene melakukan tendangan jauh m-19 namun kaptennya Christophe Jallet tersasar lapan minit kemudian.

Bagaimanapun, kerja keras Nene membuahkan hasil apabila dia meledak jaringan sulung m-30.Malangnya, PSG hilang rentak selepas meletakkan lapan pemain gantian pada babak kedua.

Senario itu membantu Chelsea menyamakan kedudukan m-82 menerusi jaringan Piazon yang menyambut hantaran Ramires untuk merembat bola masuk ke gawang.Chelsea kini meneruskan jelajahnya ke Utara Amerika di Philadelphia.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...