21 Julai 2012

Wigan tolak tawaran Chelsea

Wigan telah menolak tawaran Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemainnya, Victor Moses musim depan.

Wigan menegaskan Victor hanya akan dilepaskan jika kelab itu bersedia membayar £10 juta (RM50 juta) untuk mendapat khidmat pemain tersebut.

Sebelum ini, Chelsea dikatakan telah membuat dua tawaran membabitkan pemain berusia 21 tahun. Bagaimanapun kedua-dua tawaran tersebut tidak diterima kelab Wigan.

Dalam kenyataan dipetik BBC, Pengerusi Wigan, Dave Whelan berkata, mereka akan melepaskan Victor sekiranya apa yang ditetapkan oleh kelab ini dituruti Chelsea.

"Sekiranya Chelsea menawarkan jumlah yang ditetapkan Wigan, kami akan menjual Victor. Dan itu tidak menjadi masalah.

"Jika Chelsea tidak berminat dengan tawaran ini, kami akan menjaga Victor. Lagipun, Victor pemain yang hebat dan kami sayangkan beliau," katanya.

Tambah Whelan, "Chelsea juga pernah menawarkan tawaran sebagai pertukaran pemain, namun kami juga tidak berminat."

"Kerana, pelepasan Vintor hanya akan berlaku dengan tawaran tunai."Dan, (tawaran) £10 juta (RM50 juta) kekal," jelasnya lagi.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...