Malaysia bakal menerima kunjungan sebuah lagi  kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila skuad muda Chelsea  hadir ke Kuala Lumpur sebagai lokasi persinggahan terakhir mereka dalam  siri jelajah pra-musim.
Dengan berpegang kepada falsafah 'Here to Play, Here for Good' yang  dibawa oleh pasukan senior mereka ketika berkunjung ke negara ini tahun  lalu, barisan remaja Chelsea bakal berada di Malaysia pada 29 Julai  sehingga 1 Ogos ini untuk mengukuhkan lagi imej kelab tersebut di rantau  ini.
Dibarisi 19 pemain muda bawah 18 tahun, kelab London itu akan  mengadakan sesi latihan pada Isnin depan dan ia dibuka kepada orang  ramai.
Pada keesokannya harinya, pasukan tersebut bakal mengadakan satu  perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Malaysia di Wisma  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, di sini.
Pasukan itu yang dilatih Adrian 'Adi' Viveash, yang pernah bermain  untuk kelab Swindon, Walsall dan Reading telah mengemudi skuad muda  Chelsea memenangi dua Piala Muda FA dalam tempoh tiga musim lalu.
Pengarah Akademi Chelsea, Neil Bath berkata, pertarungan menentang  skuad bawah 19 tahun Malaysia bakal memberi pengalaman baru yang  berharga kepada pemainnya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan