Ketua pasukan Chelsea, John Terry dan Anton Ferdinand bakal berdepan  hukuman daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana menggunakan  kata-kata kesat ketika kedua-dua pemain itu bertikam lidah di atas  padang.
FA akan membuka kembali siasatan berhubung insiden tersebut dan  bersedia untuk mendenda kedua-dua pemain itu kerana menyebabkan  perlawanan menjadi tegang dan menggunakan bahasa kesat.
Jadi walaupun Terry, 31, didapati tidak bersalah oleh Mahkamah  Majistret Westmins atas tuduhan bersikap perkauman terhadap Ferdinand  kelmarin, laluan getir yang terpaksa ditempuhinya sejak sembilan bulan  lalu masih lagi belum berakhir.
FA enggan menutup kes tersebut yang mana insiden pertelingkahan  kedua-dua pemain berkenaan dirakam melalui kamera televisyen sewaktu  perlawanan Liga Perdana Inggeris, QPR menentang Chelsea, tahun lepas.
Sementara itu, di Kota Kinabalu, Anton Ferdinand menolak untuk  memberi komen selepas Terry didapati tidak bersalah ketika dia tiba  bersama skuad QPR untuk Jelajah Pra Musim menentang Pilihan Sabah.
Ferdinand dikerumuni wartawan di lapangan terbang dan memberi jawapan  'tiada komen' selepas ditanya mengenai keputusan yang tidak memihak  kepadanya itu.
Ketua Eksekutif QPR, Philip Beard berkata, mereka tidak ada sebarang  komen mengenai Anton, kecuali dia merupakan sebahagian daripada pasukan  yang bersama-sama mereka. 
Keluarga Ferdinad juga menolak untuk memberi komen mengenai keputusan tersebut sebelum meninggalkan mahkamah.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan