13 Jun 2011

Essien enggan komen

Michael Essien menjangkakan akan kekal beraksi di Chelsea musim depan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan.
Spekulasi bertiup kencang dari Itali dan Ghana mendakwa Essien akan meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini untuk berhijrah ke Inter selepas kempen yang mengecewakan.

Namun, pemain tengah itu menegaskan tidak tahu mengenai laporan mengaitkannya dengan kelab itu dan kekal fokus untuk bertindak sebaik mungkin buat Blues.
Sesudah terlepas trofi kejuaraan musim ini, Essien berharap membantu Chelsea menikmati kejayaan di liga domestik dan peringkat Eropah dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Saya tidak sabar menanti musim depan, mahu kembali merampas kejuaraan dan membawa pulang Liga Juara-Juara ke Chelsea.

“Saya tidak tahu menahu langsung mengenai perpindahan dari Chelsea.”[metro]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...