1 Januari 2013

Demba Ba terima RM10 juta jika bersama Chelsea

Demba Ba bakal menerima ‘bayaran’ sehingga RM10 juta daripada Newcastle United sebagai ‘bonus’ meninggalkan kelab itu untuk berkhidmat bersama Chelsea.

Ejen Ba kini dilaporkan sedang berbincang dengan pengurusan The Blues dan dikhabarkan kelab berkenaan bersedia membelanjakan sebanyak RM34.6 juta untuk menandatangani pemain itu.

Jurulatihnya Alan Pardew, juga bersedia melepaskan Ba sekiranya beliau menolak untuk berbincang mengenai klausa yang terkandung dalam perjanjian pemain itu sebelum ini.

Pardew juga tidak menolak kemungkinan akan menjual pemain itu lebih awal dari yang dijangkakan.Kehadiran Ba amat diperlukan dan bakal digandingkan bersama Fernando Torres sebagai persediaan mereka memburu trofi kejuaraan.

Meskipun dia mungkin hanya sebagai pilihan kedua bagi Rafa Benitez, Chelsea tetap perlukan khidmat Ba sebagai pengganti Daniel Sturridge yang berhijrah ke Liverpool.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...