Maruah kelab England bakal ditentukan menerusi pertembungan kedua  pusingan kedua Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Napoli di Stamford  Bridge awal pagi esok.
Sekiranya Chelsea tewas kepada Napoli yang mengalahkan The Blues  3-1 pada aksi pertama lalu, sejarah kembali berulang apabila buat  pertama kali tiada wakil England pada suku akhir sejak 16 tahun lalu.
Selepas menyaksikan Manchester United dan Manchester City tersingkir  pada peringkat kumpulan, manakala Arsenal tewas kepada AC Milan pada  minggu lalu, harapan selaku wakil tunggal England kini dipikul Chelsea.
Meskipun baru sahaja memecat Andre Villas-Boas, namun The Blues  masih menunjukkan peningkatan apabila menewaskan Birmingham City 2-0  pada aksi Piala FA, diikuti kemenangan 1-0 ke atas Stoke City minggu  lalu.
Begitupun, pengendali sementara Chelsea, Roberto Di Matteo tetap  khuatir dengan ancaman Napoli yang cukup efektif dari segi gerakan  serangan balas.
"Secara jelas, kami harus seimbang pada perlawanan tersebut. Mereka  (Napoli) merupakan sebuah pasukan hebat dan memiliki jentera serangan  yang begitu bagus.
"Tetapi kami tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka dan  cuba memadamkan defisit gol mereka di Stamford Bridge," katanya.
Bagaimanapun, Di Matteo enggan mengulas lebih lanjut tentang peluang The Blues untuk mara ke peringkat suku akhir.
"Terpulang kepada kamu untuk menilai (situasi Chelsea) dan berapa peratus peluang untuk kami memenangi perlawanan tersebut.
"Kami masih memiliki keyakinan untuk mencatatkan kemenangan dan kami  akan berjuang habis-habisan untuk memasti- kan perkara tersebut menjadi  kenyataan."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan