Kebangkitan Chelsea sejak di bawah pengurus sementara, Roberto Di  Matteo berdepan ujian getir hari ini apabila ke Eastlands untuk  menentang Manchester City, di mana pasukan tuan rumah perlu menang untuk  terus mencabar pendahulu, Manchester United.
United berkelebihan empat mata pada tangga teratas liga selepas mengamuk 5-0 di Wolverhampton Wanderers Ahad lalu.Pasukan tangga kedua, City mahu membalas dendam kekalahan kepada Chelsea selepas tunduk 1-2 di Stamford Bridge Disember lalu.
Skuad Roberto Mancini gagal disekat pada aksi di padang sendiri musim  ini, meledak 42 gol dan cuma bolos enam kali dalam semua 14 perlawanan  yang mereka menangi di tempat sendiri musim ini.
Chelsea cemerlang sepanjang semua empat perlawanan di bawah Di  Matteo, yang menggantikan Andre Villas-Boas dan meraih semula semangat  seperti mana ketika menjulang kejuaraan berganda, Liga Perdana Inggeris  dan Piala FA pada 2010.
Di Matteo juga berjaya menjelmakan semula sentuhan gol Fernando  Torres, yang meledak jaringan buat pertama kali sejak Oktober ketika  menang 5-2 ke atas Leicester City pada suku akhir Piala FA.
"Apa yang penting kami mencipta lebih banyak gerakan gol berbanding  sebelum ini. Tugas penyerang adalah menjaringkan gol dan jika anda  gagal, orang pasti menganggap anda beraksi buruk."Saya rasa yakin dengan pengurus sekarang dan ia adalah saat-saat yang bagus buat saya dan Chelsea," kata Torres.
Sementara itu, dua bulan selepas mengetepikan Carlos Tevez di  Manchester City, pengurus Roberto Mancini mungkin mengalu-alukan semula  kepulangan pemain Argentina itu pada pertembungan dengan Chelsea.
Tevez mula menjalani latihan dengan City sejak bulan lalu selepas  menamatkan perbalahan panjang dengan kelab ekoran keengganannya  memanaskan badan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich  September lalu.[sumber]
ArulchelseA: Jangan lupa saksikan game chelsea vs man.city pukul 3.40pg di astro 812
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan