9 Januari 2013

Torres tetap penyerang utama - BA

Demba Ba menegaskan ketibaannya di Chelsea tidak akan menjejaskan posisi Fernando Torres selaku penyerang utama di Stamford Bridge.


Ba memulakan aksi dengan baik bersama Blues menerusi perpindahan bernilai 7.5 juta pound (RM36.7 juta) dari Newcastle United apabila menjaringkan dua gol ketika Chelsea menang 5-1 ke atas Southampton dalam Piala FA.

Pada perlawanan tersebut, Torres hanya berada di bangku simpanan.Torres dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Swansea City hari ini.

Impak Ba mengurangkan kebergantungan Chelsea terhadap aksi tidak konsisten Torres.Kehadiran Ba bakal menjadi pencabar utama kepada Torres bagi merebut tempat sebagai penyerang pilihan Chelsea.

Penyerang Senegal itu menjelaskan dia menggangap Torres sebagai senior yang perlu dihormati selain harus mengukuhkan kedudukannya bersama kelab baru daripada memikirkan tentang perebutan posisi penyerang utama.

"Saya cuma mahu bermain dengan gembira dan bukannya mahu menambah tekanan."Saya di sini untuk membantu pasukan bukannya mahu mengambil tempat orang lain. 

"Fernando penyerang utama. Saya perlu banyak belajar dan sudah tentu saya akan berlajar daripadanya tambahan pula sejarah kecemerlangannya lebih banyak berbanding saya," kata Ba.

1 Pengulas Sukan:

Azlan Strider berkata...

teringin nak tgk Ba main alongside torres..2-2 cara pemainan yang berbeza..hehehe

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...