Jaringan pada lewat permainan oleh Fernando Torres menjadi penyelamat
 buat penyandang juara Chelsea daripada tersingkir pada pusingan keempat
 Piala FA menentang Brentford apabila bangkit untuk seri 2-2, semalam.
 Torres menjaringkan gol penyamaan Blues pada minit ke-83 setelah 
pasukannya ketinggalan 1-2 ke atas kelab Liga Satu itu di Griffin Park.
 Keputusan semalam menghidupkan peluang Chelsea untuk mempertahankan 
trofi Piala FA musim ini selepas gagal melangkah ke final Piala Liga 
apabila tewas menerusi agregat 0-2 kepada Swansea sebelum ini setelah 
terikat 0-0 pada separuh akhir kedua.
 Pada perlawanan semalam, Chelsea dikejutkan dengan gol awal tuan 
rumah Brentford pada minit ke-42 hasil jaringan penyerang, Marcello 
Trotta.
 Bermula babak kedua menyaksikan Chelsea mula mengatur rentak untuk 
mendapatkan gol penyamaan dan berjaya dilaksanakan apabila rembatan 
kencang Oscar tepat mengenai gawang Brentford pada minit ke-55.
 Namun corak permainan skuad bimbingan Rafael Benitez seakan 
terganggu apabila Brentford dihadiahkan penalti selepas penjaga gol 
Chelsea, Ross Turnbull dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain 
lawan di dalam kotak.
 Penalti berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Brentford pada minit 
ke-73 hasil jaringan Harry Forrester sebelum Torres menyamakan kedudukan
 ketika perlawanan berbaki tujuh minit.[sumber]
*Yang tak suka torres sila diam.. anda lalang... 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan