 Petr Cech berharap pihak pengurusan Chelsea mempertimbangkan 
semasak-masaknya sebelum membuat keputusan-melepaskan pemain tengah, 
Frank Lampard pada musim panas ini.
Petr Cech berharap pihak pengurusan Chelsea mempertimbangkan 
semasak-masaknya sebelum membuat keputusan-melepaskan pemain tengah, 
Frank Lampard pada musim panas ini.
Ini kerana, Lampard bagaikan mendapat tonik baharu selepas menyumbang 
satu gol menerusi sepakan penalti ketika menumpaskan Stoke City 4-0, di 
Stadium Britannia, Sabtu lalu.
"Saya tidak tahu masa depannya kerana saya bukan pengarah kelab. 
Tetapi, jika corak sebegini dikekalkan Lampard, mengapa tidak sahaja 
melanjutkan kontraknya?," kata Cech yang juga penjaga gawang utama The 
Blues.
Masa depan pemain antarabangsa England itu dalam situasi tidak menentu 
apabila pihak kelab enggan menawarkan kontrak baharu buat Lampard.
Begitu pun, Lampard sudah menjaringkan tujuh gol dalam 13 penampilan 
musim ini dan sebaris rakan sepasukan iaitu, Juan Mata dan Fernando 
Torres.[sumber]
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan