Demba Ba dalam perjalanan ke Stamford Bridge 
selepas diberi lampu hijau oleh Newcastle United untuk menyertai Chelsea
 pada pasaran perpindahan Januari ini. 
Chelsea kini sudah boleh memulakan rundingan dengan bintang penyerang
 Senegal itu selepas bersetuju untuk menebus kontrak yang dilaporkan 
bernilai 7 juta pound (RM34.3 juta). 
Ba, yang menyertai Newcastle pada 2011 telah digugurkan oleh pengurus
 Alan Pardew daripada skuad yang tewas 1-2 kepada Everton pada 
perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri, semalam.
"Newcastle United boleh mengesahkan bahawa Kelab Bola sepak Chelsea 
telah mengemukakan tawaran rasmi untuk mendapatkan Demba Ba yang telah 
menimbulkan fasa pelepasan pemain dalam kontrak. 
"Kelab ini, memberi keizinan kepada pemain itu untuk berunding dengan
 Chelsea FC dan atas sebab itu, dia tidak disenaraikan dalam skuad yang 
menentang Everton,'' kata Newcastle dalam satu kenyataan semalam.Biarpun Chelsea masih belum mencapai perjanjian dengan Ba, namun 
Pardew menjangkakan perpindahan bakal dilengkapkan dalam masa terdekat.
"Ia sudah selesai. Dia akan pergi ke Chelsea dengan izin kami."Dia telah melakukan tugas yang hebat bersama kami dan tiada perkara 
buruk yang ditinggalkan di sini. 
Semua ketidaktentuan sudah terjawab, 
sekarang kami boleh meneruskan kehidupan."Sudah tentu kelab adalah lebih besar daripada pemain,'' kata Pardew kepada Sky Sports. 
Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez enggan mengesahkan sama 
ada kelabnya telah menemui Ba, tetapi tidak menafikan juara Eropah itu 
memang memerlukan opsyen tambahan di bahagian serangan.
Ba beraksi cemerlang sepanjang bersama Newcastle dan menjaringkan 16 
gol liga pada musim pertamanya. Untuk musim ini pula, dia sudah 
meledakkan 13 gol, termasuk ketika pasukannya dibelasah 7-3 oleh 
Arsenal, Sabtu lalu. 
Nama bintang penyerang Senegal itu mula melonjak ketika beraksi 
bersama kelab Jerman, Hoffenheim. Dia menyertai West Ham United pada 
Januari 2011 selepas perpindahan ke Stoke City tidak berjaya akibat 
gagal dalam ujian kesihatan.'
Dia menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan bersama West Ham, 
tetapi meninggalkan kelab itu untuk menyertai Newcastle selepas kelab 
London tersingkir ke divisyen satu pada musim 2010-2011.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan