31 Januari 2013

Seri dengan Reading, Benitez bengong

Pengurus sementara Chelsea, Rafeal Benitez berkata, beliau kebingungan rentetan kegagalan anak buahnya menewaskan pasukan bukan pilihan, Reading di Stadium Madejski awal pagi tadi (waktu Malaysia).


"Adalah sukar untuk menjelaskan bagaimana kita boleh gagal untuk menewaskan Reading dalam perlawanan semalam.

"Kami telah melakukan segala-galanya untuk memenangi permainan ini - untuk 85 minit kita menguasai segala-galanya dan mencipta peluang yang cukup untuk menjaringkan empat atau lima gol."Sukar untuk menerima hakikat bahawa kita hanya seri dengan Reading," kata Benitez.

Dalam perlawanan awal pagi tadi (waktu Malaysia), Chelsea hanya berpuas hati dengan kutipan satu mata apabila hanya terikat 2-2 dengan Reading.

Dengan keputusan itu, Chelsea kekal di tangga ketiga dengan mengutip 46 mata selepas mengharungi 24 perlawanan setakat ini.

Tambah Benitez, "Kami semua akan bertanggungjawab dengan keputusan ini. Kami tidak akan menyalahkan sesiapa.

"Keputusan ini akan mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan sentiasa bekerja keras."Apapun, saya tetap berpuas hati kerana berjaya meraih satu mata dan kedudukan kita masih baik dalam liga," katanya.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Admin berkata...

chelsea hilang sentuhan dan taktik permainan yang menarik..puncanya sebab pecat Di Matteo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...