Rafael Benitez meminta Chelsea meneruskan rentak 
kemenangan dan membuktikan pihak yang ragu bahawa segala-galanya 
berjalan dengan baik selepas Blues membelasah Stoke City 4-0 kelmarin.
Penyokong Blues masih tidak menyokong Benitez, yang menggantikan Roberto Di Matteo pada November lalu.
Benitez sekali lagi merasai tekanan di Stamford Bridge pada Rabu lalu
 apabila mereka kalah kepada Swansea pada separuh akhir pertama Piala 
Liga.
Namun mereka bangkit dengan penuh bergaya kelmarin untuk menamatkan 
rekod tanpa kalah 11 bulan di laman sendiri Stoke hasil dua gol sendiri 
Jon Walters, penalti Frank Lampard dan jaringan Eden Hazard.
Kini Benitez mahu pasukannya meneruskan rentak kemenangan dan melihat
 sama ada mereka mampu mengurangkan jurang 11 mata dengan pendahulu 
liga, Manchester United.
"Anda harus sedar dan ia sukar jika anda tidak melihat sesi latihan kami, pasukan ini telah berusaha dengan baik.
"Para pemain gembira. Pemain berlatih dengan baik dan cuma mahu memberikan prestasi yang baik."Suasana di dalam kelab adalah baik. Kami tidak boleh mengawal apa 
yang berlaku di luar padang. Kami akan cuba melakukan yang terbaik di 
atas padang dan berharap ia lebih mudah.
"Liga Perdana adalah pertandingan yang sukar dan kami harus 
memikirkannya tentang tiga mata berikutnya dan lihat di mana kedudukan 
kami dalam liga.
"Krisis tidak berlaku. Buktinya kami menjaringkan gol lebih daripada sebelum ini," katanya.Benitez juga menegaskan Demba Ba dan Fernando Torres boleh beraksi 
bersama-sama selepas Torres bertindak sebagai penyerang solo pada aksi 
di Stadium Britannia kelmarin.
"Ia merupakan satu lagi pilihan buat saya. Kami mempunyai dua pemain 
yang bagus. Kami melakukan tugas dengan baik dengan menurunkan seorang 
penyerang namun kami boleh menggunakan kedua-dua mereka jika perlu," 
katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan