Alex Ferguson tetap mahukan Ashley Cole menyertai Frank Lampard di Old Trafford musim depan.
Bek kiri berusia 32 tahun itu amat dikehendaki Manchester United dan 
kedua-dua tonggak veteran Chelsea itu boleh diperoleh secara percuma 
sebaik menamatkan kontrak mereka pada penghujung musim ini.
Lampard, 34, telah dimaklumkan dia tidak akan ditawarkan perjanjian 
baharu, sementara Cole gagal mencapai persetujuan ke atas tawaran 
lanjutan setahun di Stamford Bridge.
Ferguson sanggup memancing dua pemain itu dengan kontrak 12 bulan 
dengan janji ia dilanjutkan untuk tahun kedua jika mereka masih dapat 
beraksi pada tahap terbaik.
Lampard agak berminat dengan peluang tersebut manakala Cole 
bercita-cita hendak mencari cabaran baharu di Perancis dengan Paris 
St.Germain dilaporkan meminati khidmatnya.
Ferguson akan kehilangan pasangan veteran, Paul Scholes dan Ryan Giggs yang dijangka bersara pada penghujung musim nanti.
Pengurus United mahu kekosongan itu diisi oleh mereka yang bukan 
sahaja berpengalaman luas tetapi mempunyai semangat juara untuk memberi 
tunjuk ajar di samping menjadi ikutan pemain-pemain muda.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan