Bekas ketua pasukan England di Chelsea, John Terry yang terkeluar 
selama dua bulan kerana kecederaan lutut, melakukan langkah besar 
pertamanya untuk kembali ke pasukan utama dengan bermain 45 minit bagi 
pasukan Bawah 21 kelab itu, kelmarin.
Pertahanan tengah berusia 32 tahun itu dipantau oleh pengurus 
sementara Chelsea, Rafael Benitez apabila dia tampil sebagai pemain 
lebih umur dalam kemenangan 2-0 ke atas jiran Fulham.
"John menjadi pendorong semua pemain," kata pengurus Bawah 21 
Chelsea, Dermot Drummy kepada laman rasmi kelab (www.chelseafc.com).
"Dia menunjukkan kepimpinan melalui teladan tetapi perkara terpenting
 daripada pandangan kelab ialah bahawa dia tampak berkeadaan baik," 
katanya.
Terry cedera lutut semasa menentang Liverpool. Perlawanan sulungnya 
kembali selepas menjalani penggantungan empat perlawanan kerana cacian 
perkauman ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand yang 
mulanya dijangka diketepikan bagi tiga minggu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan