Frank Lampard optimis Chelsea mampu menjadi pencabar utama dalam kempen Liga Perdana England musim ini seandainya skuad The Blues itu tampil bertenaga ketika beraksi di gelanggang lawan.
Selepas tewas mengejut 0-2 kepada Swansea pada aksi separuh akhir 
Piala Liga di Stamford Bridge, 9 Januari lalu, Chelsea kembali bangkit 
menewaskan Stoke City 4-0 di Stadium Britannia dalam kempen liga tiga 
hari kemudian.
Awal pagi esok, juara Eropah itu akan kembali beraksi di Stamford 
Bridge apabila menanti kunjungan Southampton dan hanya kemenangan mampu 
mengubati kekecewaan penyokong fanatik The Blues.
Justeru, Lampard berkata, pertemuan menentang Southampton merupakan 
medan terbaik buat Chelsea kembali ke landasan asal untuk menjadi sebuah
 pasukan digeruni.
"Ada ketikanya kami beraksi cemerlang ketika beraksi di gelanggang 
lawan dan perkara itu akan cuba dilakukan ketika menentang Southampton 
di gelanggang sendiri pula.
"Kami perlu bermain pantas, keluar serta mencari dan menghantar bola seperti yang dilakukan ketika menentang Stoke. 
"Dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan, mereka (Stoke) memberi 
tekanan kepada kami tetapi apabila kami mula mengawal bola, kami terus 
bermain dengan cara kami dan melakukan penyudah yang baik," kata 
Lampard.
Dalam pada itu, pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez perlu 
memutuskan sama ada menurunkan Fernando Torres atau Demba Ba sebagai 
penyerang utama pasukan tersebut.
Tonggak pertahanan, David Luiz pula masih diberi peranan di bahagian 
tengah dan pemain Brazil itu percaya Benitez lebih selesa dia bermain di
 posisi tersebut.
"Kadang-kadang apabila anda bermain di halaman sendiri, pasukan lawan
 pula akan bertahan dan anda akan tiada ruang yang banyak untuk bermain. 
"Kemudian anda melakukan kesalahan kerana anda hanya mahu 
menjaringkan gol. Kami perlu bekerja keras untuk meningkatkan corak 
permainan kami.
"Saya rasa Rafa telah melakukan kerja dengan baik. Beliau memberitahu
 kepada semua pemain apa yang perlu dilakukan untuk menang dalam 
perlawanan itu nanti," kata Luiz.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan