5 Januari 2013

Lampard intai kelab hebat sambung karier

Frank Lampard sudah pasti akan meninggalkan Chelsea hujung musim ini, menurut ejen pemain antarabangsa England itu kelmarin, namun dia tidak bercadang menamatkan kariernya di China.


Lampard, 34, kini berada di penghujung kontraknya bersama juara Eropah itu dan satu sambungan kontrak belum ditawarkan.

“Kini, Frank hanya memikirkan masa depan, yang pasti dia akan berhijrah pada hujung musim,” kata ejennya, Steve Kutner.
“Frank mahu beraksi buat sebuah pasukan hebat, bertarung merebut kejuaraan dan memenangi trofi lagi.

“Pemain dengan kaliber sepertinya patut beraksi di peringkat tertinggi. Serie A adalah satu kemungkinan,” kata Kutner yang menegaskan perpindahan ke China mahupun Russia tiada dalam perancangan mereka.

Los Angeles Galaxy, kelab Liga Super China, Guizhou Renhe dan kelab bermasalah Liga Perdana Inggeris, QPR semuanya dikaitkan menjadi destinasi Lampard.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

Azlan Strider berkata...

meh datang anfield...hehehe

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...