28 Januari 2013

Benitez mahu kekal di Chelsea

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez mahu jawatan dipegang sekarang dikekalkan.Benitez dilantik November tahun lalu, menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat pemiliknya Roman Abramovich, sepatutnya tamat perkhidmatan hujung musim ini.


Namun, kegagalan The Blues melangkah jauh dalam aksi Liga Juara-Juara, Piala Liga dan tewas pada Kejuaraan Kelab Dunia di bawah kendalian jurulatih itu menjadikan kedudukan Benitez tidak selamat.

Yang tinggal kini hanya buruan trofi Piala FA. Namun, seandainya gagal, peluang Benitez dikekalkan adalah tipis.

Berdasarkan tindakan mengejutkan Abramovich memecat beberapa jurulatih sebelum ini kerana kegagalan mereka membawa pulang trofi, tidak mustahil nasib sama turut menimpa Benitez.“Chelsea berpotensi besar dan memiliki peluang terbaik untuk menjadi pencabar trofi musim ini.

“Secara peribadi saya sudah bercakap dengan Abramovich dan pihak pengurusan. Mereka tahu dan sudah dengar idea saya. Kini segalanya terpulang kepada mereka membuat keputusan.

“Kedatangan saya di pertengahan  musim tidak banyak yang boleh dilakukan, dan saya perlu bekerja dengan skuad yang ada,” katanya.[sumber]

*Semua pengurus cakap macam ni..dapat sepruh musim nak semusim untuk buktikan kemampuan..tapi apa jadi bila awal2 musim dah teruk..seperti RDM jadi penganti bagus..bila pengurus tetap hancur..

Nak jadi pengurus hebat tak perlu banyak musim untuk buktikan..ambil contoh JM.. mana team dia pergi 1st musim mesti juara.. seperti barcalona..adakah pengurusnya kekal dari dulu sampai sekarang? prestasinya? fikir2kan..


0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...