Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez 
mengakui pemain mula merasai tekanan kerana terpaksa bermain dalam 
jadual padat selepas diheret ke perlawanan ulangan Piala FA oleh kelab 
divisyen tiga, Brentford kelmarin.
Benitez menarik nafas lega selepas Blues bangkit daripada 
ketinggalan dua kali sebelum seri 2-2 melalui gol penyamaan lewat 
Fernando Torres, sekali gus mengelak diaibkan oleh lawan kerdil.
Pengendali warga Sepanyol itu terdesak untuk melihat Chelsea 
mempertahankan Piala FA kerana ia merupakan satu-satunya trofi yang 
boleh menyelamatkan maruah mereka musim ini, selepas tersingkir daripada
 Liga Juara-Juara, dan ketinggalan dalam saingan liga.
"Adalah sangat mustahak untuk kami mencapai yang terbaik dalam setiap pertandingan."Empat tangga teratas adalah keutamaan, namun kami tidak mengambil 
remeh pertandingan yang lain. Piala FA juga sama penting. Chelsea 
menjuarainya tahun lalu dan kami akan cuba pertahankan," ujar Benitez.
Bagaimanapun, jelasnya: "Ia sangat sukar kerana kami bermain satu 
perlawanan setiap tiga hari. Bagaimana anda mahu berlatih sehari 
sebelumnya? Bagaimana anda mahu berlatih sehari selepas perlawanan?
"Kami perlu menggunakan pemain yang sama setiap masa. Jadi diharapkan
 mereka yang mengalami kecederaan boleh kembali secepat mungkin, begitu 
juga pemain yang sedang beraksi pada Piala Negara-Negara Afrika."
Kunjungan ke Griffin Park kelmarin merupakan ujian kepada Benitez dan
 skuadnya apabila berdepan Brentford yang bermain penuh bersemangat.
Mereka menguasai sebahagian besar permainan, lalu membuahkan hasil 
menerusi gol pembukaan Marcello Trotta dan sepakan penalti Harry 
Forrester.
Kemasukan Juan Mata pada separuh masa kedua akhirnya mengubah rentak 
apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi Oscar sebelum 
maruah juara Eropah itu diselamatkan Torres pada penghujung permainan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan