3 Januari 2013

Silap besar jika Chelsea lepaskan Lampard

Harry Redknapp memberitahu Chelsea bahawa melepaskan Frank Lampard merupakan satu kesilapan besar. 


Jurulatih QPR itu menempelak The Blues yang cuba untuk membuang anak saudaranya itu."Secara peribadi saya merasakan adalah satu keputusan yang sangat silap jika membiarkan Frank pergi. 

"Kita dapat lihat baru-baru ini bagaimana dia menjaringkan dua gol menarik di Everton, dia masih lagi pemain yang hebat.

"Di mana anda dapat mencari pemain tengah yang mampu menjaringkan gol pada zaman sekarang, tidak banyak pemain seperti itu sekarang," katanya.

Dua gol jaringan Lampard pada aksi di Goodison Park baru-baru menjadikan jumlah keseluruhan gol yang dijaringkannya kepada 192. 

Pemain bintang berusia 34 tahun itu cuma kurang satu gol di belakang Kerry Dixon, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman The Blues.

Walaupun berjaya membantu Chelsea memenangi trofi Liga Juara-Juara musim lalu dan prestasinya ketika ini sangat baik, tetapi Lampard seperti tidak akan bersama Chelsea lagi.

Kontrak Lampard akan berakhir hujung musim ini dan dia berkata setakat ini tidak ada sebarang tanda bahawa kontraknya akan diperbaharui oleh pihak kelab
.
"Saya sangat terkejut. Saya tidak rasa Chelsea akan memperbaharui kontrak Frank."Saya tidak rasa anda akan jumpa pemain tengah sebaiknya yang mampu menjaringkan banyak gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Di mana anda akan jumpa pemain seperti dia, pemain yang mampu bertahan dan menyerang serta menjaringkan gol. 

"Dia akan tiba di kotak penalti pada masa dan tempat yang betul. Itu adalah kurniaan yang dia dapat dan saya rasa anda tidak mampu menggantikannya," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...