Chelsea gagal meraih tiga mata penuh apabila terikat 2-2 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi tadi (Waktu Malaysia) di Stamford Bridge. 
Separuh masa pertama permainan menyaksikan Chelsea berjaya menguasai permain dengan menyekat Southampton 2-0 melalui jaringan Demba Ba dan Eden Hazard.
Ba dan Hazard masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-25 dan minit ke-46. 
Rickie Lambert  merapatkan jurang gol melalui hantaran daripada pemain pertahanan, Nathaniel Clyne pada minit ke-58.
Pada minit-75, Southampton berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jason Puncheon. 
Chelsea kekal berada di tangga ketiga liga dengan kutipan 42 mata manakala Southampton di kedudukan ke-15 dengan 22 mata.
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan