13 Januari 2013

Marin tolak spekulasi tingalkan Chelsea

Pemain tengah Jerman, Marko Marin menolak khabar angin bahawa dia bakal meninggalkan Chelsea dan pulang ke Bundesliga.


Marin dikatakan bakal dipinjamkan ke Bayer Leverkusen sehingga hujung musim ini.

"Saya menandatangani kontrak selama lima tahun di sini. Saya cuma jarang beraksi kerana cedera, tiada alasan mengapa saya harus pergi," katanya.

Sejak menyertai The Blues daripada Werder Bremen musim panas lalu, pemain berusia 23 tahun itu sekadar membuat lima kemunculan.

Selain masalah kecederaan, Marin menghadapi persaingan ketat daripada Eden Hazard serta Oscar yang membantutkan aksinya dalam kesebelasan utama.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...