29 Januari 2013

Drogba tolak lamaran Roman Abramovich

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich membuat pusingan-U yang memalukan, apabila berusaha mendapatkan semula bekas bintang penyerang mereka, Didier Drogba. 


Drogba, 34, ditawarkan perjanjian enam bulan pada musim panas ini dengan opsyen sambungan kontrak setahun, musim depan.

Wira yang membawa Blues menjulang kejuaraan Eropah tahun lalu itu bagaimanapun menolak tawaran jutawan Rusia tersebut, sebaliknya memilih untuk menyertai gergasi bola sepak Turki, Galatasaray dengan kontrak 18 bulan. 

Abramovich terpaksa menerima hakikat bahawa pembelian 'budak emas', Fernando Torres dengan harga 50 juta pound (RM245 juta) sebagai satu kegagalan. 

Drogba meninggalkan Chelsea untuk menyertai kelab China, Shanghai Shenhua pada Mei lalu selepas menyempurnakan sepakan penalti kemenangan ketika membantu Blues menumpaskan Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara. 

Penyerang veteran Ivory Coast itu kecewa kerana Chelsea hanya menawarkan kontrak setahun kepadanya, sedangkan dia mahu diberi kontrak dua tahun. 

Namun, Drogba gagal menyesuaikan diri dengan saingan di China dan mencari pasukan baru pada perpindahan pemain bulan ini. 

Drogba menjalani latihan di Chelsea sebelum beraksi buat Ivory Coast pada Piala Negara-Negara Afrika, perkembangan yang meyakinkan Abramovich mereka boleh mendapatkan semula bekas penyerang sensasi tersebut.[sumber]

*Dulu tak nak..skang apa macam..malu sendiri pak roman ni..

1 Pengulas Sukan:

wandisini berkata...

dulu tak ensem..sekarang ensem sikit..tu dia nak amik balik.hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...