John Terry dan Frank Lampard mungkin berdepan detik paling 
mengecewakan di Chelsea apabila bersedia untuk diketepikan daripada 
perlawanan akhir Liga Europa, minggu depan. 
Pengurus Blues, Rafael Benitez dijangka bertindak kejam dengan
 merehatkan dua legenda pasukan itu di bangku simpanan apabila menentang
 Benfica, Rabu ini. 
Bintang tengah England, Lampard, yang hanya dipisahkan satu gol untuk
 menyamai rekod kelab, 202 gol milik Bobby Tambling bagaimanapun akan 
diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana menentang Aston Villa hari ini. 
"Saya kena lakukan apa yang perlu untuk menang dan kalau saya boleh membantu Frank pada masa yang sama, saya akan lakukan.
"Persaingan untuk merebut slot pertahanan tengah juga sengit, kita 
ada Gary Cahill, Branislav Ivanovic dan David Luiz yang semuanya bermain
 baik, jadi saya tidak pasti bagaimana kedudukan Terry. 
"Saya tidak boleh bagi jaminan bahwa Terry akan bermain di final, saya belum memutuskan tentang perkara itu," kata Benitez. 
Kontrak Lampard, 34, hanya tinggal tiga minggu lagi untuk tamat 
tetapi dia masih berharap akan ditawarkan kontrak baharu, terutama 
apabila Jose Mourinho dijangka kembali membimbing pasukan menggantikan 
Benitez pada musim panas ini. 
"Saya sering berkata, saya mahu menghabiskan seluruh karier saya di 
sini. Saya tidak tahu sama ada Jose akan kembali membantu saya atau 
tidak. 
"Tetapi ia sangat bagus untuk kelab kalau dia kembali bersama kita 
kerana dia antara pengurus terbaik dalam dunia bola sepak," kata 
Lampard. 
Selain Lampard, turut mengalu-alukan kepulangan Mourinho adalah 
seorang lagi pemain tengah, John Obi Mikel, yang turut menjadi tonggak 
utama pasukan sepanjang tiga musim Mourinho berada di Stamford Bridge.
"Jika Mourinho adalah jurulatih baharu yang dipilih, ia sangat hebat.
 Dia seorang yang hebat, malah dia yang bertanggungjawab membeli saya. 
"Dia jenis pengurus yang akan mendengar pandangan pemain dan semua pemain mahu bekerja dan berjuang untuknya," kata Mikel.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan