Chelsea menempah perlawanan akhir menentang kelab Portugal Benfica di
 Amsterdam akhir bulan ini selepas membenam FC Basel 3-1 untuk mencatat 
agregat 5-2 pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa awal pagi tadi.
Penyandang juara Eropah itu yang beraksi berbekalkan kemenangan 2-1 
daripada pertemuan pertama lalu, pada mulanya hilang kelebihan itu 
selepas Mohamed Salah menyumbat gol pembukaan untuk Basel mengikat 
agregat.
Namun, anak-anak buah pengurus sementara, Rafael Benitez bangkit 
menjaringkan gol selepas babak kedua bersambung menerusi Fernando 
Torres, Victor Moses serta David Luiz.
Chelsea berpeluang mencipta sejarah menjadi kelab pertama memenangi 
Piala Europa selepas menang Liga Juara-Juara pada musim sebelumnya jika 
mereka menang pada final nanti.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan