18 Mac 2013

Keutamaan saya untuk kelab' - Terry

John Terry memberitahu, keutamaan beliau adalah kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.Jelas pemain tengah Chelsea itu, pengurus datang dan pergi bagai debu dibawa angin lalu.


"Kami bekerja keras di bawah kendalian Rafa Benitez dan sentiasa berjuang untuk kelab. Pemain datang dan pergi, begitu juga pengurus.

"Apa yang penting, kami perlu memastikan ia (kejayaan) kekal di hati peminat dan kelab. Kami perlu bersatu bagi mengangkat martabat pasukan Chelsea FC," katanya yang akui hubungan bersama Benitez tidak terlalu penting.

Menurut Terry, perjuangan The Blues musim ini masih belum berakhir dan mereka perlukan semangat untuk kembali bangkit berjuang selepas ini.

"Kami perlukan dua gol dalam masa 45 minit bagi terus bersaing di Piala FA. Kami juga mara ke peringkat suku akhir Piala Europa," katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...