11 Mac 2013

FA Cup : Man.Utd 2 Chelsea 2 Highlight

Man.Utd gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila hanya seri 2-2 dengan Chelsea pada saingan suku akhir Piala FA, di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi (waktu Malaysia). 


Dengan keputusan itu, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam menentukan slot separuh akhir yang akan berlangsung di Stadium Stamford Bridge, minggu depan. 

Dalam perlawanan ini, MU mendahului lawan dengan menjaringkan dua gol menerusi Javier Hernandez dan Wayney Rooney pada minit kelima dan 11. Namun, Chelsea berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 apabila Edin Hazard dan Ramires meledak gol pada minit ke-59 dan 68. 

Dalam perlawanan separuh akhir, MU atau Chelsea akan bertemu Manchester City yang telah menundukkan Barnsley 5-0 awal pagi semalam (waktu Malaysia). Artikel Berkaitan


0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...