Rafael Benitez menegaskan, dia meninggalkan Chelsea sebagai sebuah 
pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan 
selepas mengakhiri khidmatnya selama enam bulan dengan kemenangan 2-1 ke
 atas Everton semalam dan memastikan tempat ketiga liga.
Benitez juga adalah perancang kepada kejayaan Blues dalam perlawanan akhir Liga Europa dengan mengalahkan Benfica, minggu lalu.
Namun ketiadaan pengurus sementara itu pada majlis meraikan hari 
terakhir kemenangan mereka di Stamford Bridge semalam, menjelaskan 
betapa hubungan dia dengan penyokong kelab begitu bermasalah.
Hakikatnya, pengurus dari Sepanyol itu berjaya memberikan kejayaan kepada Blues dan memenangi hati penyokong kelab serta menjernihkan suasana di dalam bilik persalinan.
Dia tetap mahu meninggalkan Chelsea kepada penggantinya, 
berkemungkinan bos Real Madrid, Jose Mourinho setelah mengambil alih 
kelab daripada Roberto Di Matteo November lalu."Berada di Chelsea merupakan pengalaman yang hebat.
"Saya mengambil alih sebuah pasukan yang sedang dalam proses 
perubahan, dengan pemain baru namun saya meninggalkan pasukan ini dengan
 lebih pengalaman, lebih perwatakan, menjaringkan gol dan lebih 
seimbang.
"Saya rasa semua ini bagus untuk pengurus berikutnya, dia akan 
memiliki pasukan yang bagus dan pemilik kelab akan membeli pemain baru.
"Pasukan ini mampu mencabar kejuaraan liga musim depan."Saya banyak menerima banyak mesej dalam laman web yang mengucapkan 
terima kasih. Mereka menghargai apa yang saya lakukan," katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan