20 April 2013

Chelsea perlu kalahkan Liverpool untuk kekal tiga teratas

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez (gambar) akan membuat kunjungan penuh sentimental di Anfield apabila berdepan dengan bekas kelab bimbingannya Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, esok.

 
Benitez yang pernah membimbing Liverpool dari 2004 hingga 2010 mahu memastikan Chelsea menang sekali gus meraih tempat untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim depan.

Ketika bersama Liverpool, Benitez telah dua kali membawa kelab itu melangkah ke saingan akhir Liga Juara-Juara.

"Saya akan ke rumah kerana keluarga saya menetap di Liverpool."Saya telah berada di sana selama enam tahun dan banyak memori indah. Saya juga tidak boleh menyembunyikan rasa teruja untuk kembali menemui kawan-kawan lama di sana.

"Tumpuan utama kami kini adalah untuk terus kekal di tangga ketiga liga dan memenangi perlawanan ke atas Liverpool.

"Sebagai seorang yang profesional saya yakin mereka akan cuba untuk mendapatkan kemenangan, begitu juga kami," kata Benitez.

Sementara itu, Benitez berada dalam dilema dalam membuat keputusan ke atas kapten John Terry.Sungguhpun aksi pemain pertahanan tengah itu sekadar masuk dan keluar dalam aksi Chelsea sepanjang enam perlawanan lalu, Terry telah memberikan sesuatu yang positif termasuk dua gol kemenangan ke atas Fulham.

"Saya telah fikirkan masalah ini, malah saya telah memberitahu pemain saya sebelum ini betapa penting untuk mereka mengekalkan kecergasan selain sentiasa bersedia. 

"Kami mempunyai lapan atau sembilan perlawanan yang perlu diharungi pada musim ini. Kami telah bermain tiga perlawanan seminggu untuk tempoh selama empat atau lima bulan dan bukan mudah untuk memastikan pemain dapat terus fokus.

"Cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menggunakan pemain lain bagi memastikan mereka cukup cergas.

"Setiap pemain mahu beraksi dalam setiap perlawanan, namun mereka perlu tahu bahawa hanya yang 100 peratus cergas sahaja dapat bermain dalam saingan seterusnya," kata Benitez.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...